Perasmian Siri Seminar Naratif Malaysia

nm4

Majlis Perasmian & Ucaptama
Naratif Malaysia: Melayu dalam Persoalan Nasional

Tarikh:            19 Mac 2019
Masa:               7:30 malam – 10.00 malam
Tempat:           Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai

Abstrak Program

Mengambil iktibar daripada beberapa buah negara membangun lain yang mengalami proses pendemokrasian, maka wujud keperluan untuk mengolah citra kebangsaan yang lebih inklusif dengan mengetengahkan teras kebudayaan Melayu yang progresif. Usaha ini adalah penting bagi menangani banyak persoalan nasional yang tidak pernah selesai. Malah, persoalan nasional ini semakin meruncing dalam perkembangan negara yang kini sedang merundingkan kembali peranannya dalam pembangunan bangsa dan negara.

Justeru itu, sebagai usaha mula kepada hasrat ini, Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) dengan Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor serta kerjasama dengan Pejabat Menteri Besar Negeri Johor telah menggerakkan usaha untuk membahaskan kembali letak duduk Melayu dalam agenda pembangunan Malaysia baharu ini.

Sehubungan dengan itu, empat tema utama daripada keseluruhan Siri Seminar Naratif Malaysia ini—politik, agama, ekonomi dan budaya—adalah untuk memastikan wacana tentang kemalaysiaan dan kemelayuan mutakhir tidak lagi terperangkap dalam fahaman etno-nasionalisme. Sebaliknya, seminar ini berusaha memaparkan betapa kebudayaan Melayu, pada hakikatnya, berupaya untuk berdepan dengan keterbukaan dunia tanpa perlu mencagarkan identitinya sendiri.

Prakata

Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor, khususnya kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Johor dan Pejabat Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor yang telah memastikan acara sulung Siri Seminar Naratif Malaysia ini dapat diadakan bagi tahun 2019 ini.

IKMAS sebagai sebuah institut kajian Malaysia yang memberi penekanan khusus kepada pembangunan inklusif bahawa pembinaan negara bangsa adalah agenda yang memerlukan perhatian nasional. Penganjuran Siri Seminar ini adalah bukti sokongan kerajaan, khususnya Kerajaan Negeri Johor kepada agenda pembinaan negara bangsa yang inklusif dan deliberatif.

Sepanjang tahun 2019 ini, IKMAS akan menganjurkan empat siri Seminar Naratif Malaysia yang tertumpu kepada empat tema utama; ekonomi, politik, budaya dan agama. Bagi setiap siri, para pembentang yang akan dijemput merupakan sarjana-sarjana terkemuka dalam kajian Malaysia baik dari dalam negara mahupun dari luar negara. IKMAS berharap agar hasil daripada siri Seminar Naratif Malaysia ini akan dapat dibukukan menjelang hujung tahun ini untuk disebarluaskan wacananya.

IKMAS sekali lagi mengucapkan terima kasih atas sokongan Kerajaan Negeri Johor terhadap penganjuran seminar ini.

Prof. Dr. Sufian Jusoh

Pengarah
Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Ucapan Alu-Aluan

Susulan daripada Piliharanya Umum ke-14, perbincangan mengenai hubungan antara kaum dan agama semakin hangat. Polemik ini menunjukkan adanya suatu kelompongan perspektif mengenai kedudukan Melayu pasca-PRU14 dalam persoalan nasional. Mengisi kelompongan ini merupakan usaha mendesak kerana dapat membendung keresahan sosial dan politik yang sedang melanda kaum Melayu mutakhir ini. Sikap baharu ini perlulah direncana secara tersusun agar kaum Melayu bukan sahaja tidak segan terhadap sejarahnya sendiri, akan tetapi juga dapat memberi sumbangan yang bermakna seiring dengan perubahan struktur politik pasca-PRU14. Lebih penting lagi, adalah usaha mengharmonikan agenda Melayu ini dalam pembinaan negara bangsa yang lebih inklusif.

Justeru itu, apabila IKMAS mengajukan pengajuran siri Seminar Naratif Malaysia ini, saya berbesar hati untuk sama-sama menjayakan program ini dan usaha ini kemudiannya mendapat maklum balas positif daripada Pejabat Menteri Besar sendiri. Saya percaya Kerajaan Negeri Johor sentiasa menyokong kepada idea pembinaan negara bangsa yang inklusif tanpa mengabaikan sumbangan mana-mana kumpulan.

Sebagai sebahagian daripada jawatankuasa penganjuran majlis perasmian Siri Seminar Naratif Malaysia ini, saya ingin merakamkan penghargaan atas kesudian YAB Dato’ Haji Osman Haji Sapian merasmikan acara ini dan pastinya penghargaan istimewa juga ditujukan kepada YABhg. Tun Daim Zainuddin atas Ucaptamanya.

Sheikh ’Umar Bagharib Bin Ali

Pengerusi
Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif,
Kerajaan Negeri Johor

Aturcara Program

Masa

07.30 malam : Pendaftaran

08:30 malam : Ketibaan YABhg Tun Abdul Daim bin Zainuddin

08:35 malam : Ketibaan YAB Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian

08:40 malam :Bacaan Doa

08.45 malam :

Ucapan alu-aluan oleh Profesor Dr. Sufian Jusoh, Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Ucapan Perasmian olehYAB Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian, Menteri Besar Johor  

Ucaptama Naratif Malaysia oleh YABhg. Tun Daim Zainuddin, Mantan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan    

Sesi soal jawab dipengerusikan oleh YB Tuan Sheikh ’Umar Bagharib Bin Ali, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif, Negeri Johor    

Sesi penyampaian cenderahati & bergambar                                    

10:00 malam : Majlis bersurai



Categories: Kegiatan, Syarahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: