[Pendaftaran] Forum “Naratif Malaysia: Masa Depan Politik Kaum dan Agama”

Forum NM

Forum “Naratif Malaysia: Masa Depan Politik Kaum dan Agama

Tempat: Puri Pujangga, UKM
Tarikh: 23 hb Julai 2019
Masa: 9:30 pagi – 12:30 tengahari
Jumlah peserta: 50 peserta (pra-pendaftaran menerusi borang di bawah)

Sejak kemerdekaan 1957, Malaysia telah bergelut dengan pelbagai cabaran. Bukan sahaja cabaran daripada anasir luar, sebaliknya turut melibatkan cabaran daripada anasir dalam. Fakta bahawa Malaysia sebagai masyarakat majmuk memang memberikan beberapa kelebihan. Kita bukan sahaja menjadi model sebagai sebuah negara yang mampu bergerak seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi, lebih daripada itu, kita serba sedikit juga telahpun berjaya menguruskan perbezaan kaum dan agama. Walau bagaimanapun, perkembangan baru setelah PRU-14 menampakkan wujudnya aras peningkatan ketegangan sosial yang melibatkan kaum dan agama. Sehubungan dengan itu, muncul beberapa pertanyaan bersama:

§ Adakah perkembangan semasa politik kaum dan agama pasca PRU-14 ini sesuatu yang benar baharu ataupun situasi ini sememangnya ketegangan yang lazim dalam sejarah politik Malaysia?

§ Apakah punca kepada penerusan – ataupun peningkatan – politik kaum dan agama di negara ini?

§ Sejauh manakah politik kaum dan agama berupaya memecahkan projek negara-bangsa Malaysia?

§ Bagaimana dapat kita membayangkan rupa bentuk teras negara Malaysia yang kita idam-idamkan di celah-celah politik kaum dan agama ini?

§ Apakah jalan keluar daripada politik kaum dan agama ini?

Semua persoalan ini memerlukan suatu perbincangan yang mendalam dengan melibatkan pelbagai pihak, terutamanya ahli akademik dan ahli politik. Justeru itu, forum “Naratif Malaysia: Masa Depan Politik Kaum dan Agama” merupakan antara perbincangan tersebut. Tujuan utama perbincangan ini ialah bukan sahaja untuk memberi peringatan tentang bahaya politik kaum dan agama. Malah, lebih daripada itu, tujuannya yang lain ialah untuk turut melihat bahawa proses yang sedang dilalui oleh masyarakat Malaysia dewasa ini adalah sebenarnya tercakup dalam rangka mematangkan pembinaan negara, sekaligus menghubungkan negara kepada bangsa sehingga dapat membina suatu identiti kebangsaan yang menjadi teras kepada negara-bangsa kita. Dalam kata lain, pada saat kita tidak dapat menolak kehadiran faktor kaum dan agama sebagai faktor pemecah politik dan sosial negara kita, kita juga ingin memanfaatkan faktor-faktor tersebut sebagai pemangkin kekuatan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Persoalannya: bagaimanakah caranya? Inilah yang kelak menjadi mauduk perbincangan dalam forum “Naratif Malaysia: Masa Depan Politik Kaum dan Agama.”

Tentatif Program

09:30 pagi Pendaftaran
10:00 pagi Ucapan Alu-Aluan: Pengarah IKMAS  
10:15 pagi Ahli Panel:

Azhar Ibrahim (Pensyarah NUS)

Helen Ting (Felo Penyelidik IKMAS, UKM)

Mak Kah Keong (Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia)

Syahrezan Johan (Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri)

Moderator:

Haris Zuan (Felo Penyelidik IKMAS, UKM)
12:30 tgh Jamuan tengahari/Tamat

Borang Pendaftaran:



Categories: Forum, Kegiatan

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: