[Borang Pendaftaran] Wacana Meja Bulat Naratif Malaysia mengenai Pensyarah/Penyelidik Muda

Kaji selidik isu dan keperluan tenaga muda dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan ini merupakan kajian rintis yang digerakkan oleh sekumpulan penyelidik muda di bawah program Naratif Malaysia. Secara umumnya, Naratif Malaysia berhasrat untuk membina jaringan dengan lebih banyak di kalangan penyelidik muda khasnya dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Maka, adalah penting untuk Naratif Malaysia memahami secara umum akan isu dan keperluan kumpulan ini.

Justeru, satu kaji selidik atas talian telah diadakan antara  19 Oktober hingga 27 Oktober bagi mendapatkan pandangan kumpulan ini. Soal selidik ini melibatkan seramai 114 orang responden yang juga tenaga akademik muda daripada pelbagai universiti awam dan swasta. Secara khususnya, objektif aktiviti ini adalah untuk menelusuri (i) kefahaman dan sikap tenaga akademik muda terhadap dunia akademik, (ii) mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh tenaga akademik muda dan (iii) meneroka kemungkinan intervensi bagi memberdaya tenaga akademik muda.

Justeru itu, NM akan membentangkan hasil kaji selidik ini pada 23 Disember 2020 (Rabu), pada pukul 02:30 – 03:30 petang menerusi pelantar Zoom. Mereka yang berminat untuk terlibat dalam sidang meja bulat secara maya ini dialu-alukan mendaftar menerusi borang di bawah.

PENDAFTARAN WACANA MEJA BULAT



Categories: Borang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: