Dialog bersama Abdul Halim Ali dan Norani Othman

Soalan: Soalan saya berkenaan bagaimana pelapis-pelapis muda seperti kami ini untuk menentukan kebenaran sama ada objektif dan subjektif kerana kedua-dua bentuk kebenaran ini mencetuskan sektor ataupun belahan yang kadang-kadang di antara pelapis ini mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Seterusnya, mencetuskan polar yang sama tentang kelesuan itu seperti yang dikatakan oleh Prof. Abdul Halim Ali dalam panel sebelumnya. Oleh itu, bagaimana cara untuk mengatasi dan solusi masalah ini?

Norani Othman: Soalan ini agak berfalsafah dan akan senantiasa menjadi perbahasan buat selamanya malah akan lebih banyak perspektif yang dilahirkan. Sebagai penyelidik yang baru bertapak, sekurang-kurangnya perlu memahami dan merangkakan arena atau parameter terhadap permasalahan, objektiviti serta subjektiviti yang tertumpu pada tajuk kajian anda. Penyelidik tidak perlu meletakkan kajian tersebut dalam konteks falsafah yang terlalu besar dan susah dicapai. Namun, ianya perlu difahami secara empirikal dengan menggunakan idea dan tindakan politik yang dipelopori menjadi satu kebenaran dalam masyarakat. Perkara yang penting dalam membuat kajian adalah merangka atau merangka semula permasalahan, objektiviti dan subjektiviti yang berkaitan dengan kajian tersebut. Pengkaji perlu menjustifikasi permasalahan tersebut dalam konteks sejarah dan merangkumi hubungan dengan pembangunan sosial atau transformasi sosial di Malaysia serta peranan agama. Peranan agama melibatkan pelbagai aktor seperti parti politik yang mengatakan perjuangan mereka berasaskan ajaran Islam ataupun sosial aktor yang mempunyai pelbagai tahap dan ianya adalah penting bagi membina konteks dan kerangka persoalan serta permasalahan kajian yang lebih spesifik. Penyelidik juga disarankan supaya tidak mengkaji perkara yang terlalu luas yang bersifat general. Penyelidikan sosial perlu digarap dengan konteks dan mengenal pasti sebahagian kumpulan sasar atau dipanggil sebagai aktor. Kemudiannya adalah sangat penting untuk memastikan kajian tersebut berbentuk theoretically informed serta harus kritikal dalam memilih beberapa perspektif teori yang telah dipelopori atau yang terdapat dalam bidang kajian itu.

Abdul Halim Ali: Bagi menjawab persoalan berkenaan “kebenaran”, pada pendapat peribadi ianya perlu dijawab dengan pemilihan teori yang tepat dan  berunsurkan pemikiran politik. C. Wright Mills ada menterbitkan satu penulisan pada tahun 1959 sebuah buku klasik ­yang bertajuk The Sociological Imagination yang tapi sayang sekali karya ini tidak pernah menjadi perbincangan yang popular di Malaysia. Antara perkara yang disebut dalam buku itu ialah personal travels are public issues. Sama sahaja seperti isu “tudung” yang merupakan personal issue yang ditulis oleh Maryam Lee. Namun begitu, secara peribadinya itu bukan lagi menjadi isu peribadi. Justeru, itu merupakan sociological question kerana ianya adalah public issue. Oleh itu, dinasihatkan agar generasi penyelidik muda ini dapat menggali karya lama pada 1959 dan melihat kerelevanan sesuatu isu dalam penulisan karya lama.

Pada 2014, seorang ahli ekonomi Thomas Piketty dari Perancis mengkaji semula karya Karl Marx iaitu Das Kapital dan menulis Capital in the Twenty First Century serta membuat beberapa kesimpulan yang menggemparkan ahli intelektual apabila membacanya. Antara keunikan penulisan ini, beliau mengutip data daripada 200 tahun yang lalu sejak tahun 1789 sewaktu Revolusi Perancis dan data tersebut diperoleh dari 5 buah negara yang maju. Kajian beliau mendapati kebenaran yang dinyatakan oleh Karl Marx dalam Das Kapital bahawa ketidaksamaan semakin berkembang dan apabila hanya negara berintervensi barulah terjadinya keadilan. Oleh itu, terbuktilah bahawa pembacaan karya lama dapat memberi value kepada penulisan terkini yang dicorakkan dengan nafas baru.

Soalan: Dapatan kajian semasa juga pada hari ini, salah satu tema-tema kajian yang menarik adalah yang melibat kajian yang berkaitan dengan pelbagaian bidang. Kajian ini akan melibatkan cross epistemology. Persoalannya kajian yang melibatkan dengan sosiologi agama dan yang lebih dominannya kajian yang melibatkan masyarakat Islam di Malaysia. Apabila kajian yang dijalankan bersifat Sains Sosial dan dikaitkan dengan Islamic studies mungkin wujudnya kesukaran kerana ianya mempunyai founding epistemology dan juga penghujahan-penghujahan yang berbeza. Oleh itu, dalam Sains Sosial mungkin dapatan berbentuk empirical data yang diperoleh daripada masyarakat dunia tetapi ianya berbeza daripada Islamic Studies kerana sumber data itu diperoleh melalui Al-Quran dan Hadis. Jadi, bagaimana sesebuah kajian dapat dilihat dari sudut cross-epistemological study ke arah menyelesaikan permasalahan dalam masyarakat?

Soalan: Ada 2 perkara yang sering disebut-sebut terutamanya beberapa minggu terakhir ini berkenaan dengan committed Social Science dan juga social activist. Istilah ini hampir tidak pernah didengari oleh generasi muda pada hari ini apatah lagi bercakap tentang Sains Sosial yang tidak bebas menilai. Oleh itu, apabila melihat literatur terdahulu, yang difikirkan ada kesenjangan yang besar dan mengapa wujudnya jurang ini. Mohon Prof. Halim dan Prof. Norani dapat memberi pencerahan kerana mereka telah pun melalui zaman-zaman ini.

Norani Othman: Epistemology is just a theory of knowledge or simply say how knowledge is produce basically. It is very much relevant to sociology because sociology is the study from all angles. The actor those acted upon, the ideas behind or in the head of the actors and the respond from those who are targeted by certain idea. Itu merupakan isu utama dalam Sains Sosial. Dahulu dari segi pembelajaran sebelum wujudnya Post-modernism, falsafah Sains Sosial tidak ada pilihan lain selain mempelajari dan menggunakan teori klasik bermula daripada Plato dan Socrates kepada Thomas Kuhn. Teori ini perlu difahami sekurang-kurangnya gambaran atau pengetahuan umum sehingga ianya bertambah dan digarap dalam konteks yang berbeza dari segi masa, status dan kuasa. Ertinya, bidang ini bukan sesuatu yang mudah. Sebagai penyelidik awam misalnya topik kajiannya ialah Identiti Politik dan Agama di Malaysia memerlukan asas yang kukuh dan pembangunan relevan dalam perkembangan maklumat dan ilmu sosiologi. Kajian ini akan jadi lebih menarik kerana ianya dimulakan dengan satu soalan asas. Walau bagaimanapun, ketika menjalankan pengajian penyelidikan, kerangka kerja dalam penyelidikan tersebut perlu diperkecilkan kerangka kajian dalam konteks politik, aktor sosial dan institusi berdasarkan objektif kajian. Selepas mendapat PhD, kajian tersebut boleh diteruskan dengan mengembangkan sesuatu isu dengan lebih luas tetapi masih perlu menguasai topik-topik tertentu dan memilih dalam kontekstual yang tertentu.

Sosiologi agama dalam sejarah perkembangan ilmu yang membentuk hukum Islam. Penyelidik perlu melihat kepada kumpulan pentafsir terdahulu yang sangat berpengaruh berbanding pendapat perundangan yang membentuk hukum Islam. Ini bermakna kita masih lagi berpandukan pada sebahagian perkara yang relevan dan keutamaan pada setiap tempoh dan kumpulan aktor yang tertentu. Sekiranya dikaji dari segi Sosiologi dalam Islam antara yang tersohor adalah Michael Cook dan Michael Fine yang merupakan ahli sosiologi yang terkini. Pada 1950 seperti Micheal Hudson, lihatlah usaha mereka semua adalah seperti yang telah diterangkan tadi. Mereka meletakkan usaha yang sepenuhnya untuk melihat perkembangan ilmu sosiologi. Cuba kaji dari segi pihak yang telibat, siapa kumpulan sasar aktor dan penulisan yang bagaimana mereka mahu paparkan serta perspektif teori yang manakah dapat mempengaruhi mereka? Kesimpulannya, para penyelidik perlu membina konteks kepada objektif, persoalan kepada permasalahan kajian dan barulah boleh membangunkan kerangka menjadi 2 perkara penting.

Abdul Halim Ali: Kalau dilihat beberapa dekad yang lalu, di peringkat global telah merosotnya kolonialisme, didapati Sains Sosial juga menghadapi pergolakan dan munculnya generasi baru yang melontarkan pertanyaan baru dalam ilmu. Mereka mula mencabar ilmuan yang sedia ada dan tentunya memerlukan penghuraian yang baru. Maka, antara disiplin Sains Sosial yang ada pada era itu adalah sosiologi yang dijadikan sebagai batu loncatan para saintis sosial seperti radikal pada waktu itu. Pada 1960 sehingga 1970 kebetulan teori Marxisme sebagai Sains Sosial dan bukan sebagai ideologi politik menjadi wahana utama bagi para saintis sosial radikal yang menolak aliran klasik. Justeru, krisis kapitalisme sistemnya itu menjadi kerangka rujukan di barat. Pada keadaan sistem yang sebegitu dan pada masa yang sama mempunyai rakyat yang banyak yang dipinggirkan telah menimbulkan satu kesedaran bahawa Sains Sosial yang asalnya sosiologi diciptakan untuk memperelokkan wajah-wajah buruk daripada kapitalisme. Dari situlah munculnya Committed Sociology dan sudah ada percanggahan daripada teori klasik untuk ilmu dan ada juga yang dikatakan kesusasteraan. Dari segi pengamatan peribadi sewaktu berada di Universiti Malaya, pelbagai corak pemikiran seseorang pada ketika itu dipengaruhi oleh Eropah, seorang lagi dipengaruhi oleh teori klasik German, seorang lagi dipengaruhi tentang Sociology of knowledge oleh Karl Mannheim, seorang lagi bersifat materialisme, seorang lagi dipengaruhi oleh budaya, dan seorang lagi terlatih dari LSC dan dipengaruhi oleh fuctionalism. Apabila semua ini bergabung maka timbul satu kesedaran oleh golongan terlatih di Barat yang mengamalkan tradisi radikal. Maka, golongan radikal dari barat dan juga dari kelulusan Universiti Malaya telah menyertai satu persidangan pada tahun 1974 membuat satu kertas kerja apabila Max Weber iaitu dewa golongan progresif di Amerika yang ingin menjatuhkan Karl Marx.

Soalan: Based on a few minutes that you just spoke; my assumption is that you wrote me a key about Post-modernism. Obviously in the west, Post-Modernism has marked that as the migrant narrative. They have allowed for a lot more flexibility to fulfill wealthness as well as experimentation when it is come to concept and ideas. Persoalannya, melalui pengalaman dan pandangan peribadi Prof, adakah di Malaysia secara lokalnya perlu menolak Post-modernism dalam mengembangkan kajian di Malaysia.

Soalan: Kalau di Jerman, khususnya di Jabatan saya khususnya banyak desakan daripada pensyarah untuk menggali kembali atau menggunapakai teori dan konseptual tempatan untuk digunakan dalam konteks tempatan sendiri malah penggunaan teori-teori barat selalu disanggah kerana sifatnya yang universal dan tidak particular. Oleh itu, mereka juga menganjurkan kepada penggalian kearifan lokal. Bagaimana pendapat Prof?

Norani Othman: Saya tidak menolak Post-Modernists dalam konteks reflexivity itu adalah penting bagi kritikal perspektif, kritikal sosiologi atau ­non-Post Modernists. What I found was some of the political role of Post-Modernists, particularly in Western University, Australia, some of American University and some University in England, where they reject completely C. Wright Mills, and other perspective of sociology just because they don’t speak for those study. The point about reflexivity, being looking critically at the author not just the texts and that is important. But to nullify the contribution without taking in the consideration seriously the findings, the relevant and the point raise by the other theoretical perspective. Bagi soalan ke-4 saya kira ianya amat relevan kerana dari segi kajian pembangunan komuniti serta sewajarnya dimasukkan ke dalam kajian yang melibatkan peranan aktor lokal dan juga konteks lokal. Malah, dalam kajian parti politik tajuk itu juga sebagai bahan yang perlu diselidiki dan difikir semula. Saya kira tidak ada masalah sekiranya kita merujuk kepada konteks lokal terutamanya dalam bidang pembangunan sosiologi yang harus memikir semula gambaran, keluhan, peranan dan pelbagai isu yang ditimbulkan oleh aktor sosial.

Abdul Halim Ali: secara umumnya saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Prof Norani tadi. Menurut Hans Dieter Evers bahawa ketiadaan tradisi teori yang kukuh dalam kajian sains sosial di Malaysia dan jawapan kepada persoalan ini ialah seperti yang dinyatakan oleh Presiden Sains Sosial Malaysia yang sudah ke arah itu. Pada masa yang sama, tidak juga menolak kepada teori universal tetapi menggali pengetahuan dari dalam negara. Pada satu ketika dahulu, hanya ada 2 aliran utama tentang globalisasi dan IKMAS satu-satunya institusi dalam negara yang mengemukakan aliran ke-3 iaitu yang menyokong kepada globalisasi dan menolak globalisasi. Ini merupakan upaya untuk menggunakan dan menggali sejarah lokal. Pada 2019 IKMAS telah menerbitkan buku connecting oceans yang membawa konten deep history and surface structure. Buku ini juga mengandungi 12 disiplin Sains Sosial dan menggunakan pendekatan yang sangat dipengaruhi oleh teori sejarah aliran Perancis yang menggunakan konsep zone budaya.

Norani Othman: Dalam kajian global, kita bukan sahaja perlu memahami aktor utama di arus global yang memainkan peranan penting yang menjalankan inisiatif ekonomi global dan proses-proses global tetapi kita juga perlu lihat daripada aktor, individu ataupun kelompok yang memberi impak kepada global. Projek yang dilaksanakan oleh IKMAS capturing globalization merupakan contoh dalam sosiologi untuk memahami konteks dan aktor lokal kerana the discourse about globalization came and was dominionly influential by western or particularly American train social scientist very much intune with certain strength of economic dan economic development.

Teks ini merupakan transkripsi sesi dialog bersama Abdul Halim Ali dan Norani Othman, masing-masing merupakan mantan profesor sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dialog ini dilakukan semasa Bengkel Pembangunan Kapasiti Penyelidik Muda (Pembentangan Abstrak) pada 24-26 Julai 2020 di Hotel Dorsett, Putrajaya. Bengkel ini adalah anjuran Naratif Malaysia (NM) dengan kerjasama IKMAS, UKM, MARI, USAID dan Kedutaan Amerika.



Categories: Wawancara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: