[Pendaftaran] Wacana Meja Bulat “Langkah Integrasi Kaum di Malaysia”

Wacana Meja Bulat ini bakal membentangkan langkah ke arah integrasi antara kaum di Malaysia menerusi suatu cadangan modul perlaksanaan masyarakat harmoni. Modul ini dibangunkan bersama Merdeka Center berdasarkan siri perbincangan dengan kumpulan sasar melalui sesi FGD bagi mengenal pasti kemungkinan cabaran dan kekhuatiran yang mungkin dihadapi hasil daripada cadangan sebuah kem harmoni. Selain itu, modul ini turut mempertimbangkan cabaran dan kekhuatiran yang mungkin wujud menerusi perbincangan daripada bengkel pembinaan kapasiti. Bengkel ini bukan sahaja menyediakan peserta dengan persiapan teknikal tetapi juga teori dan perspektif. Semasa berada dalam komuniti, peserta diberikan satu jurnal yang perlu mereka isi sebagai sebahagian proses refleksi terhadap teori yang mereka bincangkan semasa bengkel.

Ringkasnya, pembentangan ini merupakan suatu usaha untuk mendapatkan input tambahan daripada pelbagai pakar dan pihak yang berkaitan bagi menambahbaik modul awal ini. Diharapkan dengan pembentangan ini, modul ini dapat diperbaiki serta dipertingkatkan keberkesanannya sehingga boleh digunakan sebagai modul utama dalam pembangunan suatu masyarakat yang mempunyai integrasi kaum yang tinggi serta nilai perpaduan yang utuh. Malah, ada lebih baik lagi sekiranya lanjutan daripada modul ini dapat melibatkan pihak Institut Kajian Etnik (KITA) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memandangkan kesemua pihak ini merupakan barisan paling hadapan dalam pembangunan perpaduan di negara kita.

Pembentangan ini akan diadakan seperti berikut:

Tajuk: Langkah Integrasi Kaum Di Malaysia: Suatu Kertas Cadangan Ke Arah Pembangunan Masyarakat Harmoni
Pembentang: Haris Zuan, IKMAS, UKM
Tarikh: 27 Januari 2021 (Rabu)
Masa: 10:30 pagi – 11:30 pagi
Platform: Zoom

TENTATIF:

10:30 pagi – 10:45 pagi : Pembentangan oleh Haris Zuan, IKMAS
10:45 pagi – 11:00 pagi : Ulasan oleh Prof. Dr. Denison Jayasooria, Ahli Majlis Penasihat Kementerian Perpaduan Negara
11:00 pagi – 11:15 pagi – Ulasan oleh Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Penasihat Perpaduan Kementerian Perpaduan Negara merangkap Pengasas-Pengarah KITA, UKM
11:15 pagi – 11:30 pagi – Perbincangan hadirin

PENDAFTARAN PENYERTAAN WACANA MEJA BULAT “LANGKAH INTEGRASI KAUM DI MALAYSIA”



Categories: Wacana

1 reply

  1. Satu platform yg baik untuk dibincangkan Hal ehwal kaum di Malaysia. Sampai bila Hal ehwal kaum di Malaysia mahu dijadikan sebagai isu. Jika semua kaum iaitu melayu, cina, india Dan bumiputera sabah Dan sarawak sudah digelar sebagai warganegara Malaysia, mengpa Kita dah mrrdeka 64 tahun masih bermain dengan isu kaum? Di Mana silapnya?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: