Barisan

Pengurus:

AZHARI AHMAD | Memperoleh ijazah sarjana muda sains rekabentuk industri dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Pengalaman dalam industri rekabentuk selama lebih 8 tahun sebelum terlibat dalam Naratif Malaysia (NM). Beliau boleh dihubungi menerusi contact@naratifmalaysia.com.

Felo-felo:

TEO LEE KEN | Memperoleh PhD (Pengajian Melayu) di NUS. Tumpuan kajian beliau merangkumi sejarah idea, sosiologi agama, pemikiran intelektual Melayu, Indonesia dan Iran. Beliau juga merupakan antara pengasas kumpulan wacana Diskopi yang berpusat di UKM. Beliau boleh dihubungi menerusi ken@naratifmalaysia.com.

RAMZE ENDUT | Berkecimpung dalam penyelidikan mengenai sistem dan budaya. Selain merupakan pemenang Zamalah Asian Foundation Intellectual (API) 2009/2010, beliau turut terlibat dalam beberapa organisasi seperti IfA (Jerman), FCT (India) dan Institute of Cultural Trauma (IUC Dubrovnik). Beliau boleh dihubungi menerusi ramze@naratifmalaysia.com.

HARIS ZUAN | Merupakan penyelidik sosial yang menumpukan kajian dalam persoalan identiti politik dan perubahan sosial selain daripada dasar awam. Di samping itu, beliau juga terlibat dalam kerja penterjemahan dan penyuntingan buku. Beliau boleh dihubungi menerusi haris@naratifmalaysia.com.

%d bloggers like this: