Sedangkan, Indonesia sudah jauh ke hadapan. Bila-bila masa sahaja jika ingin berbincang tentang Deleuze, Habermas, termasuk Bernard Stiegler pun anda boleh lakukan dalam Bahasa Indonesia. Tetapi, di tempat kita masih belum. Membicarakan Mannheim yang tahun 1950-an itupun masih merangkak. Adanya suatu ketidakanjalan rasanya. Ini boleh dijelaskan dengan pelbagai faktor. Antaranya seperti saya sebutkan tadi tiadanya penerjemahan yang deras.

cendekiawan
Tugas Cendekiawan Muda: Bagaimana Meneruskan Tradisi Intelektual di Malaysia
Cendekiawan muda yang diidamkan ini ialah cendekiawan yang cuba mempertahankan kebebasannya. Kebebasannya bermakna dia tidak tunduk kepada mereka yang berkuasa kerana mereka berkuasa. Dia tidak tunduk kepada kekayaan, harta, jawatan, kedudukan dan sebagainya. Hal ini kerana ini juga ialah cabaran yang kita hadapi sebagai manusia. Ilmu pengetahuan di universiti, institut penyelidikan kita menghadapi cabaran ini. Ia cabaran daripada mereka yang berkuasa, memiliki harta, kekayaan, dan kepentingan yang lain.
[Pendaftaran] Syarahan Naratif Malaysia oleh Azhar Ibrahim
Ini merupakan siri Syarahan Naratif Malaysia bilangan ketiga pada tahun 2020. Syarahan kali ini menampilkan Dr. Azhar Ibrahim, dari NUS. Beliau akan membincangkan persoalan yang semakin penting dalam masyarakat negara membangun: “Cara Cendekiawan Melawan.” Program ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja.
Manifesto Cendekiawan: Segarkan Kembali Aktivisme-Intelektualisme
Melakukan kesilapan kedua, bukanlah suatu pilihan. Sebaliknya, ini adalah tanggungjawab para cendekiawan muda yang bernaung di bawah gerakan baharu bernama Naratif Malaysia. Tanggungjawabnya adalah untuk merealisasikan manifesto yang tertunda: menerus tradisi intelektual, menanggap transformasi sosial!