demokrasi

Demokrasi Baik Hati

Aspirasi saya untuk Malaysia pada tahun 2021 adalah melihat demokrasi Malaysia bertunjangkan demokrasi yang baik hati. Orang Melayu sebagai kaum majoriti berpeluang menentukan samada demokrasi Malaysia adalah demokrasi yang baik hati ataupun tidak. Namun, komuniti kaum minoriti juga mempunyai hak-hak yang mesti dilindungi. Bagi setiap rakyat Malaysia pula, kita perlu memaafkan sesetengah individu agar kita mampu menjadi demokrasi yang baik hati.

Merewang Demokrasi ala Malaysiana

Kita perlu berhati-hati jika retorik seperti ‘demokratik’, ‘Malaysia Baru’ hatta ‘politik baru’ yang dipakai itu hanya tetap dipacu oleh logik politik yang bersendikan budaya konsumerisme yang sebegitu. Yang kemudiannya dibuntuti oleh parti dan ahli politik kebanyakan. Kita tidak lagi merewang; dalam erti kata menggauli hubungan sosial sesama kita mencari yang demokratis apa adanya.