husin

Intelektual Awam lawan Akademik Menikus: Wawancara bersama Syed Husin Ali

Sebenarnya dalam sejarah perkembangan sains sosial di Malaysia, ia boleh dikatakan bermula pada 1955 di Singapura. Waktu itu yang mula mengajar ialah Jocelyn Dejong, seorang Belanda. Dia banyak mengajar tentang soal perbandingan adat Minangkabau dengan Negeri Sembilan. Itu lapangan dia. Kemudian lepas itu dia diganti oleh MG Swift. Michael Swift ini bukunya yang terkenal ialah tentang Malay peasantry, dan dia memang banyak menyelidik dan menulis tentang peasantry.